Sunday, September 20, 2009
Saturday, September 19, 2009
Jejak Terawih 29, 1430H
Jumaat, 18hb. September 2009
Malam 29 Ramadhan 1430H
Surau AL-Firdaus, Kampung Tunku
Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching
Alhamdulillah, malam yang ke 29 Ramadhan 1430H ini aku dapat berjemaah terawih. Menghisab Ramadhan kali ini, aku lebih banyak berterawih di rumah, bersendirian. Walaupun demikian, moga segala-galanya diterima Allah S.W.T jua. Ramadhan 1430H kini berlalu pergi, pastikah kita akan bertemu Ramadhan 1431H nanti?

Friday, September 18, 2009
Jejak Terawih 28, 1430H
Khamis, 17hb. September 2009
Malam 28 Ramadhan 1430H
Malam ini malam ke 28 Ramadhan, aku berterawih di rumah lagi. Moga esok aku dapat berjemaah terawih...

Thursday, September 17, 2009
Jejak Terawih 27, 1430H
Rabu, 16hb.September 2009
Malam 27 Ramadhan 1430H
Malam 7 Likur rupanya. Aku menghantar 'sms' kepada rakan dengan ucapan 'Selamat Menyambut Malam 7 Likur'. Aku terima 'sms' yang berbunyi 'Selamat Menjejaki Lailatul Qadar'. Aku tersenyum faham...:-)

Wednesday, September 16, 2009
Jejak Terawih 26, 1430H
Selasa, 15hb. September 2009
Malam 26 Ramadhan 1430H
Mungkin ada benarnya kerana malam ini aku berterawih di rumah lagi...:-)

Tuesday, September 15, 2009
Jejak Terawih 25, 1430H
Isnin, 14hb. September 2009
Malam 25 Ramadhan 1430H
Malam ini sahabatku memaklumkan aku bahawa dia menyedari Ramadhanku kali ini tidak seceria tahun lepas. Tahun ini aku lebih banyak berterawih di rumah, berbanding tahun lepas, banyak berterawih di pelbagai lokasi. Ya...memang aku akui...entah mengapa tahun ini banyak kurangnya...mungkinkah desakan tugas yang menuntut perhatian? Tapi bukankah tuntutan Tuhan itu lebih afdal?

Monday, September 14, 2009
Jejak Terawih 24, 1430H
Ahad, 13hb. September 2009
Malam 24 Ramadhan 1430H
Kurang daripada seminggu umat Islam akan menyambut Aidil Fitri. Sepertimana lazimnya, surau, masjid akan berkurangan jemaahnya. Apakah kali ini suasananya sama? Aku tidak tahu kerana aku sendiri belum lagi berjemaah ke surau/masjid dalam 10 malam yang terakhir ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)